![]() |
Tumpahkan air, budak tiga tahun maut dibelasah ibu ayah baran (Foto Hiasan) |
KEDIRI – Gara-gara disyaki menumpahkan segelas air, seorang
kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut akibat dipukul kejam secara bertalu-talu
oleh kedua ibu bapanya.
Difahamkan, kanak-kanak malang tersebut tidak mengaku
menumpahkan air minuman, menyebabkan ayah tirinya yang berusia 45 tahun 'naik
hantu' dan bertindak di luar kawalan.
Kejadian yang berlaku di Desa Tugurejo, Jawa Timur pada 22 Jun itu bagaimanapun disedari nenek mangsa yang segera melaporkan kehilangan cucunya kepada pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah
Kediri, AKBP Bimo Ariyanto, mengesahkan bahawa ibu mangsa, Novita Anggraini,
26, dan suaminya, Mian Tasgeen Mohammad Yakhya, 23, masing-masing mengaku
bersalah ketika ditangkap polis pada Khamis.
“Keduanya mengaku bahawa telah melakukan kekerasan terhadap
mangsa sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia,” kata Bimo.
Katanya, pasangan suami isteri itu turut diarah menunjukkan lokasi pengebumian anak perempuan mereka yang terletak hanya bersebelahan dengan kediaman mereka.
Mengulas lanjut, siasatan awal Ketua Unit Perlindungan
Perempuan dan Anak (PPA) Sat Reskrim Polres Kediri Ipda, Hery Wiyono mendapati bahawa
pembunuhan terbabit berlaku pada waktu malam apabila pelaku mendapati segelas
air tumpah.
Jelas Bimo, semasa disoal ayah tirinya, mangsa tidak mengaku melakukan kesalahan berkenaan sebaliknya berdolak-dalik dan kemudian menuding jari kepada ibu kandungnya.
"Sebaliknya reaksi ibu mangsa pula menuduh bahawa anaknya itu berbohong, lantas menampar dan mencubit mangsa. Perbuatan itu telah turut mendorong ayah tirinya memukul mangsa hingga dia meninggal dunia," katanya.
Dalam pada itu, polis Kediri KP Fauzy Pratama berkata bahawa hasil
bedah siasat mendapati mangsa dibunuh menggunakan senjata tumpul sehingga mengakibatkan
pendarahan di bahagian kepala.
Katanya, mangsa turut dipercayai kerap dipukul sebelum ini dan merupakan mangsa penderaan berdasarkan
kesan kecederaan lama dan baharu di anggota tubuh badan mangsa.
#MYBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews