Pelanggan lelaki disyaki diliwat pelukis tatu (Foto Hiasan) |
Difahamkan, suspek bertindak menyapu minyak misteri sehingga menyebabkan mangsa berusia 24 tahun itu tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner
Shahrulnizam Jaafar berkata bahawa kejadian tersebut berlaku sekitar jam 9.30
malam pada Selasa.
Menurutnya mangsa mendakwa tidak sedarkan diri setelah
suspek mula melukis bunga di tangan kanannya.
"Setelah suspek menyapu minyak pada tangannya,
mangsa tidak sedarkan diri dan tidak tahu apa yang berlaku seterusnya,"
katanya pada Khamis.
Setelah tersedar, mangsa mendapati dirinya berada dalam
keadaan bingung dan tidak berpakaian.
Mengulas lanjut, mangsa kemudiannya bergegas keluar dari premis berkenaan setelah menyedari sesuatu yang tidak kena. Walaubagaimanapun, lelaki terbabit mendapati rasa sakit di bahagian dubur sekali gus mengesyaki dirinya telah diliwat tanpa disedari.
"Pemuda itu kemudiannya tampil membuat laporan polis,
sebelum menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),"
katanya.
Ditanya berhubung tindakan lanjut pihak polis, setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan memandangankan
siasatan terperinci masih dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun
Keseksaan
#MYBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews