SHAH ALAM – Kerajaan bakal memperkenalkan syarat baharu yang
mewajibkan syarikat pengendali umrah menyediakan jaminan bank bernilai
RM200 Ribu bagi memastikan kedudukan kewangan mereka kukuh dan mampu
melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata bahawa langkah ini akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat bagi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah umrah terjamin.
"Tindakan ini bagi memastikan syarikat-syarikat yang kompeten,
berkemampuan dan berdaya saing sahaja diberikan lesen syarikat pengendali
umrah," katanya pada Khamis.
Mengulas lanjut, antara syarat yang turut bakal diperkenalkan
termasuklah modal berbayar syarikat pengendali umrah baharu ditetapkan minimum
RM500 ribu dengan mewajibkan organisasi terbabit mengajikan guru agama atau
pembimbing.
"Syarikat juga perlu mengemaskini laporan kewangan
syarikat, status kewangan ahli lembaga pengarah (ALP), penguatkuasaan kontrak
perjanjian dengan bakal jemaah umrah dan kontrak perjanjian dengan syarikat
pengendali di Arab Saudi," katanya
Tegasnya, tindakan undang-undang akan diambil terhadap
syarikat pengendali umrah yang melanggar sebarang peraturan yang ditetapkan.
Dalam perkembangan lain, sepanjang 2023 hingga Mei tahun
ini, sebanyak 349 aduan penipuan umrah telah direkodkan dengan nilai kerugian
keseluruhan berjumlah RM14.09 juta. Manakala 19 kertas siasatan telah dibuka
dengan lapan kes telah dikompaun sebanyak RM241,000.
Setakat ini, MOTAC telah menggantung dan
membatalkan lesen bagi dua agensi pengendali umrah yang didapati melanggar Akta
Industri Pelancongan 1992 (Akta 482). MOTAC turut memberi jaminan akan mengemaskini senarai Amaran
Entiti Yang Melanggar Akta Industri Pelancongan 1992 di laman sesawang dan media sosial kementeriannya.
Kerjasama ini dijalinkan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat dan menyahaktifkan akaun laman sosial
entiti tidak berlesen yang menjual pakej pelancongan.
“Sehingga Mei 2024, terdapat sebanyak 272 entiti tidak
berlesen yang didapati menjual pakej pelancongan,” tambahnya.
#MYBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews