![]() |
Redza, atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli, 32, menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM3,000 kepada Bella, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. |
KUALA LUMPUR – Hanya dengan sekali lafaz, pelakon terkenal Redza Rosli telah selamat bergelar suami kepada pelakon baharu, Bella Hanna pada pukul 4.05 petang, sebentar tadi yang berlangsung di Forest Valley Hall, Cheras.
Bella telah dinikahkan oleh bapanya sendiri, Rosman Abdullah, dan disaksikan oleh Jurunikah, Ustaz Mohd Mustaqim Mujahidin.
Redza, atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli, 32, menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM3,000 kepada Bella, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Pada majlis yang sama, pelakon itu turut memberikan lima dulang hantaran kepada pihak Bella, dan menerima tujuh dulang sebagai balasan.
Majlis serba putih itu dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak serta beberapa rakan selebriti yang turut memeriahkan suasana, antara yang hadir adalah Adam Lee, Sweet Qismina, Datin Intan Najuwa, Erysha Emyra, Zamarul Hisyam, Diana Rafar, dan Datin Elvina.
Semoga ikatan perkahwinan ini membawa kebahagiaan yang berpanjangan kepada pasangan pengantin baru ini. Tahniah diucapkan kepada Redza Rosli dan Bella Hanna!
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#MyBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews