![]() |
Polis Peronda bakal memulakan tayangan pada 28 Jun ini di TV3, sempena ulang tahun ke-40 stesen televisyen terkenal tersebut. |
KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi terkenal, Soffwany Yusoff, yang juga dikenali sebagai Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff, menunjukkan profesionalisme yang tinggi semasa bergandingan dengan suaminya, Raja Afiq, dalam drama terbaru berjudul Polis Peronda yang dihasilkan oleh Skop Production.
Dalam temubual eksklusif bersama MYBERITA, Soffwany mengakui bahawa dia berasa selesa dan tidak menghadapi sebarang masalah semasa penggambaran bersama suaminya dan barisan pelakon yang lain.
“Bagi saya, bekerja dengan suami bukanlah suatu beban atau perkara yang memalukan. Sebaliknya, saya merasa bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan beliau. Ini adalah pengalaman pertama saya dalam lakonan, jadi saya banyak belajar dari beliau. Alhamdulillah, saya sangat bertuah kerana beliau banyak mengajar saya dari segi lakonan,” katanya.
Soffwany juga mengakui sokongan daripada barisan pelakon lain yang turut membantunya semasa penggambaran drama ini.
Walaupun beliau mempunyai pengalaman sebelum ini sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 15 tahun, Soffwany menyatakan bahawa wataknya sebagai Inspektor Elly dalam Polis Peronda adalah sesuatu yang baru baginya.
“Saya sebelum ini bertugas dalam unit pancaragam dan unit udara, jadi watak ini benar-benar sesuatu yang baru bagi saya. Saya perlu merujuk kepada beberapa drama kepolisan untuk membantu saya dalam memahami watak Inspektor Elly ini,” jelasnya.
Saat ini, Soffwany sedang 'berehat' dari kerjaya sebagai pramugari untuk memberi sepenuh fokus kepada penggambaran drama Polis Peronda.
Drama ini turut menampilkan pelakon-pelakon terkenal seperti Puteri Sarah, Shah Iskandar, Ali Reza, Raja Afiq, dan ramai lagi. Polis Peronda bakal memulakan tayangan pada 28 Jun ini di TV3, sempena ulang tahun ke-40 stesen televisyen terkenal tersebut.
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#MyBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews