![]() |
Nurul Shuhada (kiri), Hafidz Roshdi (tengah) dan Athira Yahuda (kanan) (Foto Tangkap Layar X@Real_remorse) |
KUALA LUMPUR – Belum surut kontroversi melibatkan kecurangan
Hafidz Roshdi bersama individu digelar pelakor, seorang pengguna platform X
tampil mendedahkan lagi kandungan perbualan lucah antara pasangan berkenaan.
Menurut pengguna X terbabit, perbualan itu dikongsi sendiri oleh bekas isteri Hafidz, Nurul Shuhada Mat Syukri, 30, melalui mesej langsung (DM) di Instagram miliknya.
![]() |
Antara perbualan pengguna X bersama Shuhada melalui mesej langsung (DM) (Foto X@Real_remorse) |
Menerusi pendedahan tersebut, individu itu bertindak memuat naik foto tangkap layar perbualan yang memperlihatkan mesej-mesej tidak senonoh antara Hafidz dan perebut suami orang terbabit.
Tambahnya, pendedahan ini adalah atas keizinan Shuhada sendiri yang mahu memperlihatkan bukti pengkhianatan bekas suaminya semasa mereka masih
bergelar suami isteri yang sah.
Aku yg baca pun gigil apa lagi Shu masih jd bini Hafidz Roshdi masa ni tp terpaksa baca conversation husband dgan betina sundal main time dia preggy anak kedua... Serius si Athiera Olaf ni x tau malu lepas kene saman merayu mintak tarik balik kes sbb xde duit kan? Padan la muka pic.twitter.com/DZpUtQgpx0
— ᴵᵗ'ˢ ᵐʸ ʎɹɐıp ɔılqnԀ (@real_remorse) June 25, 2024
"Shu dah hilang sabar lah tu. Sebenarnya aku dah simpan benda ni takut nak sebarkan. Alang-alang dia dah sebar mesti bersebab, video s*x pun dia ada cuma dia je malas nak tunjuk kat semua,” katanya.
“Aku yang baca pun gigil. Apa lagi Shu yang masih jadi isteri Hafidz Roshdi masa ni tapi terpaksa baca perbualan suami dengan Atira Yuhada berzina semasa dia hamil anak kedua,” dedah X@real_remorse.
![]() |
Shuhada mendakwa Hafidz 'bersama' pelakor berkenaan ketika sedang hamil anak kedua (X@Real_remorse) |
Lebih memilukan, foto tangkap layar yang dikongsikan pengguna X itu, turut mendedahkan bahawa
pasangan berkenaan memutarkan lagu penyanyi pro-Zionis, Bruno Mars berjudul Versace on the Floor semasa
mereka sedang 'bersama'.
Sehingga kini, Hafidz Roshdi dan wanita yang dikaitkan
dengannya belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai dakwaan tersebut.
Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz berkahwin pada 30 April 2019
dan sah bercerai pada 27 Julai 2023. Hafidz kemudiannya menamatkan zaman
dudanya dengan menikahi wanita pilihannya, Atira Yuhada pada 15 Disember tahun
yang sama.
#MYBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews