REMBAU – Program Alam University Awaits anjuran pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Rembau berjaya menarik minat dan meningkatkan kesedaran pelajar sekolah mengenai pentingnya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar sekolah mengenai kehidupan di universiti dan membantu mereka merancang masa depan akademik dengan lebih baik.
Ayuni Najwa, seorang pelajar yang menyertai program ini, meluahkan perasaan gembira kerana berpeluang bertemu dan belajar daripada fasilitator UiTM.
“Perasaan saya seronok dan gembira, dapat jumpa kakak dan abang daripada UiTM. Dapat belajar apa akan harungi semasa menempuh di alam universiti,” katanya ketika ditemui MYBERITA hari ini.
Ayuni turut menyatakan bahawa sebelum ini dia tidak pasti mengenai jurusan yang ingin diceburinya, namun selepas menghadiri ceramah dalam program tersebut, dia memperoleh pengetahuan untuk memilih jurusan yang tepat.
“Sebelum ini saya tak tahu nak rancang masuk jurusan apa, selepas dengar ceramah, saya dapat pengetahuan untuk memilih kos jurusan yang tepat,” jelasnya.
Ayuni kini bercadang untuk memilih jurusan seni bina (architecture) untuk pengajiannya kelak.
Selain itu, Muhammad Shakir, seorang lagi pelajar yang menyertai program ini, turut berkongsi perasaan sama kerana program ini membuka matanya mengenai pilihan universiti dan kepentingan melanjutkan pelajaran.
“Saya rasa gembira, sebelum ni saya tak tahu pasal universiti, sebelum ni tak terfikir nak pilih universiti mana. Dengan adanya program ni, barulah saya nampak,” ujarnya.
Muhammad Shakir merancang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam kerana minatnya yang mendalam.
“Rancangan saya, saya nak sambung dalam pengajian Islam, sebab saya minat, dan mahu mendalami. Kalau ada rezeki belajar di luar negara,” tambahnya.
Beliau juga menekankan kepentingan melanjutkan pelajaran untuk masa depan yang lebih cerah
“Pandangan saya, saya rasa sambung belajar ni penting, dapat tambah ilmu. Kalau tak belajar apa nak buat bila dah besar? Ya betul, boleh kaya, berjaya, tapi jalan dia lebih susah. Sambung belajar, ada jalan lebih mudah,” katanya lagi.
Program Alam University Awaits ini diharapkan dapat diteruskan di masa hadapan untuk memupuk semangat pelajar-pelajar sekolah supaya mereka dapat membuat pilihan yang bijak dalam melanjutkan pelajaran.
“Harapan saya, program macam ni dapat diteruskan supaya memupuk semangat pelajar lain dapat pilih nak sambung belajar dengan mudah,” ujar Muhammad Shakir mengakhiri temubual.
Dengan adanya program seperti ini, pelajar sekolah dapat memperoleh pandangan dan pengetahuan awal mengenai alam universiti, sekali gus membantu mereka membuat persiapan yang lebih baik untuk masa depan akademik dan kerjaya mereka.
Sebelum ini, MYBERITA melaporkan Program Alam University Awaits yang dianjurkan oleh para pelajar UiTM Rembau telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Abdullah hari ini.
#uitmrembau #sambungbelajar #kongsicerita
Ikuti kami di semua platform media sosial MYBERITA!
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#MYBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews