Menurut mangsa juga pengusaha kedai makan, Farhanah Nastasia, tempahan tersebut dibuat secara
atas talian dan memerlukan penyediaan makanan untuk acara besar di sebuah
sekolah terletak di Bangi.
Namun malangnya, apabila tiba di lokasi yang dijanjikan, pihaknya mendapati bahawa tiada sebarang program atau acara sekolah sedang diadakan
seperti yang dimaklumkan.
“Beliau membuat tempahan katering untuk majlis di Dewan SMK Jalan 4 semalam,
namun apabila kami tiba di lokasi, majlis tersebut tidak wujud. Nombor telefon
beliau juga tidak dapat dihubungi,”adu Farhanah.
Mengulas lanjut, Farhanah berkata bahawa bukan sahaja pihak sekolah tidak mengetahui kewujudan program malah ‘scammer’ tersebut terlepas dengan mudah kerana tidak membuat sebarang pembayaran pendahuluan.
Difahamkan pihaknya kekal bersangka baik sehingga hari kejadian pada Khamis, memandangkan tempahan tersebut dibuat menggunakan
peruntukan dan nama sekolah yang dikenali.
“Silap team kami kerana tak minta beliau keluarkan Purchase Order (PO) atau Pesanan Rasmi (PR). Beliau memberi alasan tak sempat keluarkan dokumen tersebut
kerana tempahan saat akhir,” tambanya.
Sementara itu, individu tidak bertanggungjawab berkenaan dipercayai turut memperdaya dua lagi syarikat katering besar di kawasan tersebut dengan niat yang tidak baik.
Tegas Farhanah, kini pihaknya bercadang untuk berkerjasama mengumpulkan kesemua mangsa bagi tujuan laporan polis sekali gus menyiasat serta mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab.
Dalam perkembangan sama, salah seorang peniaga lain yang hampir menjadi mangsa
penipuan serupa turut menggesa rakan-rakan peniaga untuk lebih berhati-hati dengan
sebarang tempahan yang diterima secara telefon tanpa pengesahan bertulis atau
bayaran pendahuluan.
“Jadi pengajaran juga untuk semua peniaga agar lebih berhati-hati bab ni. Takde PO atau pesanan jabatan, jangan layan. Melainkan dengan deposit,"katanya.
#MyBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews