![]() |
Pendakwaan serah rakaman CCTV, laporan forensik warga Israel 30 Julai depan (Foto Hiasan) |
KUALA LUMPUR – Salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)
hotel dan analisis laporan forensik membabitkan kes lelaki warga Israel
bakal diserah pihak pendakwaan selewat-lewatnya 30 Julai ini.
Tertuduh, Avitan Shalom, 38, didakwa atas dua pertuduhan
memperdagangkan enam senjata api serta memiliki 200 butir peluru. Kedua-dua
kesalahan tersebut difahamkan dilakukan di dalam sebuah bilik hotel di Jalan
Ampang sekitar jam 6.46 petang pada 26 Mac dan 6 petang pada 28 Mac.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam
memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen, Norina Zainol Abidin, bahawa pihaknya
telah menyerahkan majoriti dokumen kepada peguam yang mewakili Avitan, sebelum
perbicaraan kes selama sembilan hari yang akan bermula pada 30 September ini.
"Ada beberapa dokumen yang masih belum diserahkan.Mohon tarikh sebutan dalam tempoh sebulan untuk pihak kami menyerahkan kesemua dokumen kepada pembelaan sebagai persediaan perbicaraan," kata Mustaffa.
Peguam Datuk Naran Singh yang mewakili Avitan mengesahkan
perkara itu dan tidak membantah tempoh masa yang dimohon oleh pihak pendakwaan.
Hakim Norina kemudian menetapkan 30 Julai ini untuk sebutan
semula kes dan serahan baki dokumen.
Menurut pertuduhan pindaan pertama, Avitan didakwa memiliki
sekotak Shell Shock NAS3 9mm mengandungi lapan butir peluru, tiga kotak Bullet
Master Co Ltd mengandungi 150 butir peluru, dan 42 butir peluru di dalam tiga
senjata berlainan tanpa lesen atau permit.
Kesalahan ini didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata
1960 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak
melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.
Selain itu, Avitan turut didakwa mengikut Seksyen 7(1) Akta
Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara tidak
kurang 30 tahun, dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan tidak kurang enam kali.
#MYBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews