KUALA LUMPUR – Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar, yang menanti selama sedekad untuk mendapatkan taraf Pemastautin Tetap (PR) Malaysia, akhirnya bakal merealisasikan impiannya tahun depan.
Menurut Shah, atau nama penuhnya Shah Iskandar Mahfuz, 42, permohonan tersebut akan dikemukakan tahun depan setelah 10 tahun menggunakan pas residen.
“Insya-Allah, tahun depan saya sudah boleh memohon status penduduk tetap. Doa selepas 10 tahun saya menanti,” ujar Shah.
“Sekarang ini saya menggunakan pas residen untuk keluar masuk Malaysia bagi tempoh tertentu seperti lima tahun dan 10 tahun,” katanya kepada MYBERITA baru-baru ini.
Shah optimis bahawa permohonan tersebut akan diluluskan.
“Peluang untuk dapat taraf PR agak cerah, ditambah pula saya sudah berada di Malaysia selama 15 tahun. Selepas 10 tahun, tanpa menggunakan sebarang orang dalam atau ‘kabel’, saya boleh mohon taraf PR mengikut prosedur yang sah,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Shah bakal muncul menerusi drama Polis Peronda yang akan bersiaran di TV3 pada 28 Jun ini. Selain Shah, drama terbitan Skop Production itu turut dibintangi oleh Puteri Sarah Liyana, Ali Redza, Ramona Zamzam dan Raja Afiq.
Ikuti kami di semua platform media sosial MYBERITA!
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#MYBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews