SUNGAI PETANI – Seorang wanita warga emas, Lam Koi Lan, 73, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta yang dinaiki bersama cucunya terbabas masuk ke dalam parit di Simpang Tiga N-City, Jalan Bakar Arang, Sungai Petani pada Selasa.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.30 petangitu, cucunya, Teh Chia Yin, 18, mengalami kecederaan di bahagian tangan dan telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan.
Wanita warga emas maut, kereta dinaiki dirempuh ketika keluar simpang
— MYNEWSHUB (@mynewshub) June 26, 2024
SUNGAI PETANI, 25 Jun - Seorang wanita warga emas maut manakala cucu perempuannya cedera selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan di simpang tiga N-city, Bakar Arang, di sini, petang tadi. (Semalam)… pic.twitter.com/fLgA3cWyIE
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata kemalangan tersebut melibatkan dua buah kenderaan, iaitu Perodua Kancil yang dipandu oleh mangsa dan sebuah Mini Cooper yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 23 tahun.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa hendak keluar dari simpang jalan sebelah kiri. Mini Cooper tersebut sedang bergerak lurus, manakala kereta mangsa pula keluar dari simpang sebelah kiri,” kata Wan Azharuddin dalam satu kenyataan.
“Kereta dipandu mangsa secara tiba-tiba keluar dari simpang sebelah kiri menyebabkan pemandu Mini Cooper tidak sempat mengelak dan terus melanggar sebelah kanan kereta mangsa, menyebabkan kereta itu hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang di bahu jalan,” tambahnya.
Menurut Wan Azharuddin, ketiga-tiga mangsa terlibat menetap di Taman Keladi, Sungai Petani.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Ikuti kami di semua platform media sosial MYBERITA!
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#MYBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews