![]() |
Seramai 30 orang sukarelawan pelajar dan 4 orang pegawai telah terlibat dalam Misi Singgah Santun ke Perkampungan Orang Asli Rening, Pos Telanok, Cameron Highlands. |
CAMERON HIGHLANDS – Seramai 30 orang sukarelawan pelajar dan 4 orang pegawai telah terlibat dalam Misi Singgah Santun ke Perkampungan Orang Asli Rening, Pos Telanok, Cameron Highlands anjuran Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) Politeknik Port Dickson dengan kerjasama Pertubuhan BANTTU (Be Allways Near To The Unfortunate) Malaysia.
Menurut Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (KJHEP) Politeknik Port Dickson, Azhar Rostani, program seumpama ini merupakan sebuah program khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh para pelajar bersama komuniti Orang Asli.
Ia bertujuan untuk memberikan impak serta pendedahan kepada pelajar, sekaligus mempromosikan Politeknik dan Kolej Komuniti kepada anak-anak Orang Asli.
“Sumbangan sebanyak 60 Bakul Dapur Makanan telah dikumpulkan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) Politeknik Port Dickson dan diserahkan kepada Tok Batin Abdul serta semua penduduk kampung,” tambah Azhar Rostani.
Pengarah Program Singgah Santun, Dhiya Irsyad, berkata program ini memberikan pendedahan kepada mahasiswa berkaitan kehidupan Orang Asli selain mengajar mereka erti bersyukur serta menghargai sesuatu pemberian.
Katanya, menerusi pelaksanaan aktiviti berbentuk kenduri kampung, riadah, sukaneka, mewarna bersama anak-anak Orang Asli, pembersihan diri dan tayangan wayang pacak, program ini berjaya mendekati komuniti Orang Asli, khususnya di kawasan perkampungan Rening, Cameron Highlands.
Program ini juga memperlihatkan amalan terbaik dan memberikan kesedaran kepada pelajar berkaitan kehidupan Orang Asli dan bertujuan mewujudkan kesyukuran dalam diri pelajar serta menghargai sesuatu pemberian.
Seramai 270 penduduk dari 52 buah keluarga telah dikenalpasti sebagai penerima sumbangan.
“Sumbangan Bakul Makanan ini ditaja sepenuhnya oleh warga Politeknik Port Dickson dan penaja persendirian. Sumbangan pakaian terpakai dan baharu turut diberikan dalam program Singgah Santun ini.”
Program ini turut mendapat sokongan daripada warga Politeknik Port Dickson, Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) Rening, Cameron Highlands, Koperasi Politeknik Port Dickson dan Pertubuhan BANTTU Malaysia.
#singgahsantun #politeknikportdickson #orangasli
Ikuti kami di semua platform media sosial MYBERITA!
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#MYBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews