KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang sebelum ini tular di media sosial kerana didakwa mencabul seorang pelanggan wanita di sebuah pasar raya di sini, telah didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.
Tertuduh, Irwan Iesa, 38, yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.
Irwan dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita yang berusia 38 tahun di sebuah premis di Selayang, pada pukul 2 petang, 4 Jun lalu.
Menurut kertas pertuduhan, Irwan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, atau dengan sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
Kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham, manakala tertuduh diwakili oleh peguam Gan Sing See daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dan menetapkan 10 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sebelum ini media melaporkan bahawa polis sedang menyiasat kes cabul yang melibatkan seorang wanita di sebuah pasar raya di Selayang pada 4 Jun lalu.
Kejadian tersebut menjadi tular selepas satu rakaman CCTV yang memaparkan insiden itu tersebar di Facebook. Difahamkan bahawa mangsa mengalami trauma akibat kejadian itu.
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#MyBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews