![]() |
Anwar Ibrahim menegaskan setiap sen hasil subsidi diesel dipulangkan seadilnya (Foto Hiasan) |
Inisiatif penyasaran subsidi ini diambil berikutan ketirisan
melampau terhadap barang kawalan terutamanya melibatkan penyelewengan oleh
kapal-kapal pelayaran asing.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata bahawa penyasaran
subsidi ini adalah langkah penting untuk memastikan keadilan dalam agihan
subsidi serta untuk mengekang ketirisan yang merugikan negara.
"Jumlah kenderaan naik sekitar lapan peratus
tapi penggunaan diesel naik 20 ke 30 peratus, maknanya yang lain itu bocor.
"Tiris siapa bayar? Negara bayar... wang itu sepatutnya
disalurkan ke pendidikan, kesihatan, untuk orang miskin tapi hilang kepada
penyakau ini dan sebab itu kita kena buat penyasaran,” katanya.
Beliau turut berkata bahawa penyasaran subsidi bukanlah satu
tindakan yang popular, namun ia diperlukan untuk hutang negara akibat
penyelewengan sekali gus menampung keperluan pengangkutan awam dan suntikan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
"Kita tidak dera rakyat miskin. Setiap sen tambahan,
kita pulangkan balik,” tambahnya.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Aspirasi
Madani Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di sini pada Jumaat.
Sementara itu, Perdana Menteri juga mahu tindakan tegas
diambil terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan atau
perkhidmatan meskipun menerima subsidi diesel.
Mengambil contoh perkhidmatan bas sekolah yang menerima
subsidi diesel, beliau berkata pengusaha bas berkenaan bakal berdepan tindakan
lesen dibatalkan jika menaikkan harga perkhidmatan mereka.
"Kita bagi amaran, kamu diberi subsidi diesel. Jika
kamu naik harga juga dalam keadaan kamu dapat subsidi, kami tarik lesen kamu
dan batalkan syarat,” katanya.
Harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter bermula 10 Jun iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.
Portal MyBERITA melaporkan, setakat ini Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim telah melaksanakan tiga penyasaran subsidi secara berkala yang melibatkan tarif elektrik, pengapungan ayam dan terbaharu subsidi diesel.
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
#MyBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews