![]() |
Jepun lepaskan 7,800 tan sisa nuklear ke lautan pasifik (Foto TEPCO) |
TOKYO - Jepun hari ini memulakan fasa ketujuh pelepasan air
radioaktif terawat dari loji kuasa nuklear (NPP) Fukushima Daiichi yang lumpuh
ke Lautan Pasifik biarpun masih mendapat tentangan hebat di dalam dan luar
negara.
Menurut laporan akhbar Xinhua, pengendali loji Tokyo
Electric Power Company (TEPCO) meneruskan pelepasan air sisa nuklear pada
waktu pagi sekali gus menjadikannya pusingan ketiga dalam tahun fiskal 2024.
Katanya, kira-kira 7,800 tan air sisa akan dilepaskan satu kilometer di luar pantai Fukushima melalui terowong bawah air sehingga 16 Julai.
Mengulas lanjut, TEPCO berkata, sampel air sudah diambil
dari Lautan Pasifik berhampiran loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi di utara
Jepun. Hasil analisis kepekatan tritium disahkan rendah dari kadar had standard yang
ditetapkan.
“Hasil pengukuran kepekatan tritium dalam air yang disampel
sejak bermulanya pelepasan pertama pada 24 Ogos 2023, semuanya di bawah
indeks,” katanya.
Pada tahun fiskal 2024, TEPCO merancang untuk melepaskan sejumlah 54,600 tan air tercemar dalam tujuh pusingan, yang mengandungi kira-kira 14 trilion becquerel tritium.
Untuk makluman, Tritium yang terhasil daripada kesan sampingan reaktor nuklear dianggap tidak stabil dan radioaktif. Ia diketahui meningkatkan risiko kanser jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan,
#MYBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews