ICSYVMY7 akan disiarkan selama 11 episod dan akan membuka tirainya pada 23 Jun 2024, setiap hari Ahad jam 9.00 malam di TV3. |
PETALING JAYA - Program realiti hiburan yang menjadi fenomena di Malaysia, "I Can See Your Voice Malaysia" (ICSYVMY), sekali lagi mengukuhkan popularitinya dengan pengikut setia sejak diperkenalkan.
Program ini mendapat sambutan hangat saban tahun dengan capaian tontonan mencecah 14 juta sepanjang enam musim.
Musim ketujuh yang dinanti-nantikan kini kembali dengan kehadiran penyanyi-penyanyi misteri dan barisan panel tetap yang baru, terdiri daripada selebriti terkenal tanah air.
ICSYVMY7 menjanjikan lebih banyak kejutan dan persembahan yang menghiburkan untuk penonton di seluruh negara. |
ICSYVMY yang mengekalkan konsep dan format asal dari Korea Selatan, masih menampilkan Izzue Islam dan Shiha Zikir sebagai pengacara untuk musim ketujuh ini. Gandingan serasi dan penuh humor mereka sentiasa membuat peminat setia ICSYVMY terhibur tanpa henti.
Diterajui oleh Jamil Bin Hassan sebagai Penerbit Eksekutif dan Ikha Arnisya sebagai Penerbit, program ini mendapat sokongan dari CelcomDigi sebagai penaja utama.
“I Can See Your Voice Malaysia musim ketujuh menjanjikan banyak elemen-elemen baru dan menarik. Penonton akan dapat menyaksikan gelagat lucu yang pasti menceriakan malam mereka. Kami telah berusaha keras untuk memastikan setiap episod lebih menghiburkan daripada sebelumnya.”, ujar Jamil.
Menurut pengacara program berkenaan, Izzue dan Shiha turut menyuarakan kegembiraan mereka.
“Kami sangat gembira untuk kembali bersama penonton dan tidak sabar untuk menyaksikan kejutan-kejutan hebat yang menanti. Setiap musim mempunyai keunikan tersendiri dan kami yakin musim ini akan menjadi yang terbaik!”
Musim ini menampilkan barisan panel penyiasat tetap yang baru, termasuk Naim Daniel, Riena Diana, Bell Ngasri dan Siti Khadijah Halim. |
Musim ini menampilkan barisan panel penyiasat tetap yang baru, termasuk Naim Daniel, Riena Diana, Bell Ngasri dan Siti Khadijah Halim. Mereka ditugaskan untuk membantu mencari penyanyi sebenar atau hanya untuk mengocakkan suasana dan menimbulkan kekeliruan kepada penonton.
Istimewanya, ICSYVMY7 hadir dengan tema pakaian yang berbeza seperti Seram, Bollywood, Rock dan Retro di beberapa episod tertentu.
Selain itu, musim ini juga menampilkan artis jemputan bukan hanya penyanyi, tetapi juga pelakon dan pelawak. Mereka akan membantu dalam empat pusingan untuk memilih penyanyi sebenar.
Jika peserta yang mara ke pusingan akhir ialah seorang penyamar, dia akan memenangi hadiah wang tunai RM3,000. Manakala penyanyi sebenar mungkin berpeluang untuk menyertai Alternate Records & Talents dan merakamkan single bersama komposer terkenal.
Program muzik misteri ini menuntut kerjasama dalam mengenal pasti dan membuat keputusan mengenai siapa penyamar yang perlu disingkirkan. Artis jemputan akan dibantu oleh panel penyiasat tetap dan jemputan dalam mengenal pasti penyamar dan penyanyi sebenar di setiap episod.
Artis jemputan yang akan memeriahkan ICSYVMY7 termasuklah Sharif Zero, Chacha Maembong, Amy Mastura, Janna Nick, Khai Bahar, Adira Suhaimi dan ramai lagi. Sementara itu, panel penyiasat jemputan pula melibatkan Ryan Bakery, Azhan Rani, Anna Jobling, Nadeera, Ernie Zakri, Datuk Yusof Haslam, Marsha dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyiasat sambil berhibur bersama ICSYVMY7 yang akan disiarkan mulai 23 Jun 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3.
Penonton juga boleh menonton secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my atau dengan memuat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Untuk merancakkan perbualan di media sosial, jangan lupa menggunakan tanda pagar #ICSYVMY7.
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#MyBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews