![]() |
Majlis tayangan khas lima filem pendek anjuran Serenos Senja Film dihadiri lebih 200 penonton pada Rabu. |
SHAH ALAM – Pelajar Ijazah Sarjana Muda Industri Seni Kreatif (Produksi Filem) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Perdana sekali lagi membuktikan keberkesanan pelajarnya dalam bidang perfileman melalui penghasilan lima filem pendek yang berjaya menarik perhatian juri dan penonton, mempamerkan garapan idea dan penghasilan babak yang tidak diduga.
Dalam satu majlis tayangan khas yang diadakan di Dewan Eksperimental Fita (REF) pada Rabu, lima filem pendek tersebut menerima sambutan hangat dan pujian dari juri yang hadir.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa pensyarah yang memberikan ulasan positif terhadap kelima-lima filem tersebut, antaranya Professor Dato' Dr. A. Razak Mohaideen dan Vanida Imran.
Mereka memuji keupayaan pelajar-pelajar UiTM Puncak Perdana dalam menghasilkan karya yang tidak hanya menarik dari segi visual tetapi juga mengandungi cerita yang bermakna dan mendalam.
“Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha keras dan komitmen para pelajar serta bimbingan dari tenaga pengajar yang berdedikasi,” ujar Dr. A. Razak.
“Saya berharap agar pelajar-pelajar ini terus mengasah bakat mereka dan menyumbang kepada industri perfileman Malaysia pada masa akan datang,” tambah Vanida ketika ditemui selepas selesai penayangan kesemua filem pendek berkenaan.
“Kejayaan filem-filem pendek ini menjadi bukti bahawa generasi muda Malaysia memiliki potensi besar untuk meneroka dan memajukan industri kreatif negara. Dengan sokongan dan peluang yang diberikan, mereka mampu mencipta karya yang bukan sahaja membanggakan negara tetapi juga mampu bersaing di peringkat antarabangsa,” kata beliau lagi.
Berikut adalah sorotan terhadap setiap filem yang telah dipersembahkan:
MASA
Cerita “Masa” mengisahkan tentang Arish yang kecewa selepas putus cinta dengan Amanda kerana sering lewat sehingga Amanda memulangkan cincin perjanjian mereka. Arish menemui sebuah mesin gula-gula getah yang ajaib, yang membolehkannya kembali ke masa lalu dan cuba memperbaiki hubungannya dengan Amanda. Walaupun sudah mencuba beberapa kali, takdir tidak berubah, dan Amanda tetap meninggalkannya. Dengan peluang terakhir, Arish menggunakan mesin itu dan kembali ke masa sebelum perpisahan berlaku, cuba memenangi hati Amanda semula. Cerita berakhir dengan mereka terperangkap dalam ruang masa di dalam glob kaca mesin gula-gula getah tersebut, menikmati kebahagiaan yang kekal.
OBSES
Zara, seorang content creator yang tinggal bersama rakannya, Sufi, selepas meninggalkan keluarganya di kampung untuk kepentingan diri sendiri. Tanpa sengaja, Zara bertemu dengan adiknya, Izz, yang ditinggalkan bersama ibunya semasa Izz masih kecil, melalui Grabfood. Pada awalnya, Zara berasa takut kerana Izz menjumpai semua media sosialnya dan merasakan dia perlu berjumpa dengan Izz untuk menyelesaikan masalahnya. Namun, Zara kemudian mendapati bahawa Izz hanyalah adiknya yang ingin mencari kakaknya yang telah menghilang dan ingin menyatukan keluarganya kembali.
PESAN
Filem pendek ini menceritakan tentang kisah Ijam dan ayah Ijam yang merupakan orang gila yang kecewa orang kampung tidak memenuhi surau. Suatu hari selipar orang kampung dicuri dan disyaki dicuri toyol. Orang kampung berusaha menangkap toyol tersebut, ternyata toyol yang di tangkap itu ayah kepada Ijam.
BAYANGAN KASIH
Filem pendek ini mengisahkan tentang perjalanan emosional seorang datuk iaitu Pak Amid terhadap cucunya, Awal. Pak Amid menjaga Awal dengan penuh kasih sayang dan memenuhi segala keperluannya. Namun, kebahagiaan mereka terhenti apabila pada suatu hari Awal tiba-tiba menghilangkan diri. Dalam keadaan kerisauan, Pak Amid mencari Awal tanpa henti. Sehinggalah Pak Amid menjumpai Awal dan di situlah terungkainya segala persoalan tentang kewujudan Awal.
SYUKUR
Syukur adalah seorang yang tidak bersyukur dan tidak menghargai apa yang ada di sekelilingnya. Pada hari jadinya, dia merasa kecewa dengan makanan yang biasa sahaja dan merasa iri melihat postingan teman-temannya yang merayakan dengan makanan lezat. Dia bahkan memarahi ibunya dan keluar ke rumah tanpa menolehkan pandangan. Namun, setelah mengalami kehilangan yang tragis, yaitu kematian ibunya dalam sebuah kecelakaan, dia menyadari betapa pentingnya menghargai dan bersyukur atas apa yang dimilikinya. Ia menyesal atas perlakuannya kepada ibunya. Dalam kesedihan yang mendalam, dia meminta maaf kepada ibunya yang sudah tiada.
Majlis tayangan ini jelas menunjukkan bahawa bakat muda dari UiTM Puncak Perdana mampu menghasilkan karya yang berimpak dan bermutu tinggi, dan masa depan industri perfileman Malaysia berada di tangan yang tepat.
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#MyBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews