KUALA LUMPUR – Menerusi laporan kamera trafik di laman Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), beberapa laluan di Lebuh Raya Utara-Selatan yang menghala ke ibu negara kini mengalami peningkatan jumlah kenderaan sejak awal pagi tadi.
Menurut jurucakap LLM, situasi ini menyebabkan aliran trafik menuju ke Kuala Lumpur menjadi perlahan, terutamanya selepas ramai pengguna jalan raya mula bergerak pulang berikutan cuti sempena Hari Raya Aidiladha sudah tamat.
Trafik sesak dijangka berterusan sepanjang hari ini kerana ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman sempena cuti panjang tersebut.
Dalam tinjauan MYBERITA, aliran trafik menghala ke ibu negara dari arah utara khususnya di Seremban mengalami kesesakan.
Selain itu, trafik menghala ke arah selatan di beberapa laluan Lebuh Raya Utara-Selatan juga menghadapi kesesakan. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan tiga lorong kepada dua lorong di beberapa bahagian lebuh raya serta kejadian kemalangan yang berlaku di laluan tersebut.
LLM menasihatkan pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan mereka dengan baik dan menggunakan aplikasi navigasi untuk mengelak dalam kesesakan. Mereka juga digalakkan untuk menggunakan jalan alternatif bagi memanfaatkan masa perjalanan di luar waktu puncak serta mengurangkan tempoh masa di atas jalan raya.
Pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi arahan dan panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi memastikan perjalanan mereka lebih selamat dan lancar.
Pihak berkuasa terus memantau keadaan dan akan memberikan maklumat terkini mengenai situasi trafik dari semasa ke semasa melalui laman web LLM dan platform media sosial.
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com