Pelajar Kokurikulum Asas Fasilitator 2 UiTM Rembau berjaya mencapai matlamatnya dalam Program Alam University Awaits. (Foto Adam Hafiz Ahmad) |
REMBAU – Program Alam University Awaits yang dianjurkan pelajar Kokurikulum Asas Fasilitator 2 dari UiTM Rembau berjaya mencapai matlamatnya dengan memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah tentang kepentingan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
Pensyarah, Nurul Nisha Mohd Shah, menyatakan kesyukurannya terhadap penganjuran program tersebut yang dilihat berjaya memberikan suntikan semangat kepada pelajar sekolah yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Nurul Nisha Mohd Shah ketika ditemui MYBERITA selepas penutup Program Alam University Awaits. (Foto Lailatul Qadrina) |
“Alhamdulillah, program 'Alam University Awaits' yang kita anjurkan berjalan lancar. Hari ini, kita lihat mereka semua cukup teruja dengan kehadiran kami, termasuk abang dan kakak fasilitator. Dalam masa sama, pelajar saya dapat mempraktikkan apa yang telah mereka belajar selama ini dalam kelas, terbukti mereka kompeten.”
Beliau menekankan bahawa pelajar yang tidak mahu menyambung pelajaran sering terpengaruh dengan trend di media sosial yang menunjukkan bahawa mereka boleh menjadi kaya tanpa pendidikan tinggi.
“Generasi sekarang terdedah kepada media sosial. Ramai pempengaruh menyatakan tak perlu masuk universiti tapi boleh kaya. Dengan ilmu, mereka tahu apa definisi kaya sebenarnya. Macam mana pun, ilmu akan menentukan siapa mereka dan apa nilai diri mereka. Sebagai individu, mereka perlu tahu bagaimana nak tingkatkan diri mereka,” tambahnya lagi.
Ketua Projek, Ain Zulaikha, berkongsi bahawa perancangan program ini bermula sejak semester lepas, berjalan lancar sepenuhnya.
Ain Zulaikha ketika ditemui MYBERITA selepas penutup Program Alam University Awaits. (Foto Lailatul Qadrina) |
“Program berjalan lancar dengan bantuan semua pihak. Hari ini kita adakan sesi ceramah, memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah tentang alam universiti, cabaran, dan bagaimana untuk menjadi pelajar kelas pertama. Kita juga melakukan aktiviti bersama pelajar untuk memotivasikan mereka,” katanya.
“Knowledge is power, kalau tak ada ilmu, kita tak boleh pergi jauh. Pengetahuan sangat penting untuk masa depan. Pada saya, jurusan sangat banyak, mereka tidak explore dengan betul. Sangat wajar program macam ini dianjurkan lagi pada masa akan datang. Motivasi itu penting untuk menarik minat mereka,” ujarnya lagi.
Aliff Nuqman, seorang wakil pelajar daripada UiTM Rembau turut menyatakan pandangannya terhadap kebanyakan pelajar yang terpengaruh untuk tidak menyambung belajar.
“Kami masuk ke sekolah dan bertemu dengan pelajar untuk memberikan pendedahan bahawa kebanyakan pelajar sekolah sekarang terpengaruh untuk tidak sambung belajar.”
“Program seperti ini jelas memainkan peranan penting dalam mengubah pandangan pelajar terhadap pendidikan tinggi dan mengelakkan pengaruh negatif dari media sosial.”
“Dengan pendedahan yang betul, pelajar dapat membuat keputusan yang lebih bijak untuk masa depan mereka,” tambahnya lagi.
Program ini diharap dapat terus memberikan inspirasi dan panduan kepada pelajar sekolah agar mereka menyedari kepentingan ilmu dan pendidikan tinggi dalam mencapai kejayaan dan kemakmuran dalam kehidupan.
#uitmrembau #sambungbelajar #influencercelup
Ikuti kami di semua platform media sosial MYBERITA!
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#MYBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews