![]() |
Kelab Selangor FC tekad bantu Faisal Halim kembali beraksi selepas insiden asid (Foto Astro Arena) |
Difahamkan Faisal, yang mengalami kecederaan lecur serius tahap empat telah menerima rawatan pemindahan kulit atau dikenali sebagai ‘skin allograft’ dan kini sedang fokus menjalani proses pemulihan serta rehabilisasi.
📽️ The press conference & first public appearance of Faisal Halim at the SFC Training Centre just now. Let’s keep on praying for his health and speedy recovery, InshaaAllah 🤲❤️💛#MerahKuning #LambangKebanggaan#JusticeForFaisalHalim pic.twitter.com/cOOEpGooUO
— Selangor FC (@selangorfc) June 13, 2024
Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Seri Shahril Mokhtar menegaskan, kelab tidak akan meninggalkan Faisal dalam situasi sukar ini dan bertekad untuk membantunya pulih sepenuhnya.
"Keselamatan dan kesejahteraan pemain kami adalah
keutamaan utama. Kami akan memberikan segala sokongan yang diperlukan agar
Faisal dapat kembali cergas dan beraksi untuk pasukan," katanya.
Tambahnya, kelab Gergasi Merah ini berhasrat meneruskan
tanggungjawab dengan menyediakan latihan pemulihan, bantuan kewangan dan keselamatan rapi buat
Faisal Halim.
![]() |
Sebahagian luka lecur yang dihadapi Faisal Halim susulan insiden simbahan asid |
Setakat ini, pasukan perubatan Selangor FC sedang bekerjasama dengan pakar dermatologi dan fisioterapi untuk memastikan rawatan yang diberikan kepada Faisal adalah yang terbaik.
Kata Shahril, langkah-langkah pemulihan termasuk terapi fizikal dan
psikologi bagi mengatasi kesan trauma yang dihadapi turut dirancang sebaiknya untuk mempercepat proses penyembuhan.
![]() |
Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar (kiri) bersama Faisal Halim (kanan) (Foto Afiq Razali) |
Mengulas lanjut, status Faisal yang mesra dengan gelaran
Mickey itu bersama Selangor FC juga ‘selamat’ memandangkan masih memiliki
kontrak jangka panjang sehingga penghujung 2027.
“Kontrak Mickey bersama pasukan hingga 2027. Sebagai
kelab profesional, sudah menjadi tanggungjawab kami sebagai majikan untuk
menjaga kebajikan semua pemain-pemain termasuk Mickey.
Jelasnya, pemain berusia 26 tahun itu bukan sahaja terkenal kerana
bakatnya di atas padang tetapi juga kerana semangat juangnya yang tinggi.
“Dengan semangat yang dapat dipamerkan oleh Mickey, insha-Allah dia akan kembali,” kata Shahril pada sidang akhbar khas bersama Faisal di Pusat Latihan FAS, Shah Alam, pada Khamis.
Sebagai rekod, kehidupan bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki ini seperti berubah 180 darjah apabila menjadi mangsa simbahan asid daripada individu tidak dikenali pada 5 Mei lepas di kawasan parkir kereta.
Pemain kelahiran Mengkuang Titi itu pada awalnya dilaporkan kritikal
selepas disahkan melecur tahap empat namun semakin stabil selepas menjalani
empat pembedahan besar.
Faisal bagaimanapun mengambil keputusan untuk membuat kemunculan umum buat kali pertama pada Khamis bagi berkongsi perkembangan terkini karier serta tahap kesihatannya selepas direhatkan di lokasi yang dirahsiakan sejurus 'discaj' daripada hospital swasta 25 Mei lepas.
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
#MyBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews