KUALA LUMPUR – Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Facebook rasmi mereka, trafik dilaporkan sesak di beberapa lebuh raya utama yang menuju ke ibu negara.
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pertambahan jumlah kenderaan yang kembali ke Kuala Lumpur selepas cuti Aidiladha tamat.
LLM menjelaskan bahawa peningkatan jumlah kenderaan ini telah menyebabkan beberapa insiden kemalangan dan masalah teknikal di beberapa lokasi, yang seterusnya menjejaskan kelancaran trafik di beberapa lebuh raya utama.
Di KM 241.0 arah Utara, sebuah kemalangan berlaku mengakibatkan lorong kecemasan terhalang dan menyebabkan trafik menjadi perlahan.
Sementara itu, Di KM 185.2 arah Utara dari Jasin ke Ayer Keroh, sebuah kemalangan berlaku dan tiada lorong yang terhalang dan trafik dilaporkan terkawal.
Di KM 44.4 arah Selatan dari Bandar Serenia ke Bandar Baru Nilai, satu kemalangan berlaku menyebabkan trafik menjadi perlahan.
Di Jambatan Pulau Pinang KM 7.4 arah Timur dari Pulau ke Perai, sebuah treler rosak dan menyebabkan lorong kiri terhalang. Trafik dilaporkan terkawal dan pengguna diminta untuk memandu dengan lebih berhati-hati dan berhemah bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif sebagai laluan pulang bagi mengelakkan diri daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. LLM juga menasihatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu dan memastikan mereka mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#MyBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews