MUAR – Ahli keluarga Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad terkejut apabila mendapati beberapa bungkusan kecil yang diikat dengan benang berada di atas kubur arwah di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1, Muar semalam.
Kejadian tersebut berlaku semasa mereka melawat pusara beliau sempena Hari Raya Aidiladha.
@dnlfrhn11 Terjumpa di kubur atok pagi raya ni.. Apa benda ya ni? Yang kita tahu ini syirik
♬ Takbir Hari Raya - Ibrahim Elhaq
Dalam sebuah video yang tular di platform TikTok, ahli keluarga kelihatan sedang mengutip bungkusan-bungkusan kecil tersebut yang disusun rapi di atas pusara.
Penemuan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen di ruang komen, dengan banyak yang mendakwa bungkusan itu mungkin merupakan buhul sihir, yang dipercayai oleh sesetengah pihak sebagai medium untuk memindahkan sihir kepada individu atau menyebabkan kecederaan.
“Buhul sihir ini bang. Entah siapalah yang kena dalam ikatan sihir itu. Semoga dipermudahkan urusan”, tulis Asyhym.
“Buhul ni kalau ada dekat kubur jangan angkat bang. Nanti kena pada ahli keluarga pula. Buhul tu tanda ikatan sihir terputus dengan arwah, jadi dikhuatiri kalau angkat (guna tangan) takut ahli keluarga pula kena. Semoga sentiasa dalam lindungan ALLAH”, kata seorang pengguna lain.
“Kubur arwah adik saya pun pernah ada org cucuk setanggi. Macam-macamlah benda-benda kurafat orang-orang ini kadang”, Kongsi pengalaman sama seorang pengguna Bernama Yanna
Perkara ini menimbulkan kebimbangan di kalangan ahli keluarga dan masyarakat sekitar yang khuatir dengan aktiviti kurafat dan amalan sihir yang masih wujud dalam komuniti.
Tindakan segera dan pencegahan perlu diambil untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kubur-kubur serta orang yang melawat.
Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad, yang juga merupakan bapa kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meninggal dunia pada tahun 1975 pada usia 73 tahun. Beliau dikenali sebagai seorang tokoh agama yang disegani di Johor. Pada tahun 1955, beliau dianugerahkan Pingat Sultan Ibrahim sebagai penghargaan atas sumbangannya sebagai salah seorang daripada 40 ulama terkemuka di negeri tersebut.
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#MyBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews