KUALA LUMPUR – Adik kepada Zayn Rayyan Abdul Matin kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor selepas dibawa ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut pada kira-kira pukul 7.40 malam, semalam.
Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim, dalam satu kenyataan, mengesahkan bahawa kanak-kanak tersebut telah dibawa ke hospital dengan pengetahuan dan kehadiran kedua-dua ibu bapanya, yang turut berada di rumah keluarga mereka di Puncak Bestari pada ketika itu.
“Kanak-kanak itu dibawa ke hospital bagi tujuan pemeriksaan perubatan. Kita ambil kanak-kanak itu dengan kehadiran dan pemakluman kepada ibu bapanya,” kata Azmir.
Azmir juga menjelaskan bahawa tindakan susulan akan bergantung kepada keputusan pemeriksaan perubatan yang sedang dijalankan.
“Keputusan perubatan masih belum diperoleh, dan apabila sudah ada, kami akan memaklumkan kepada pihak berkenaan. Sama ada kanak-kanak itu akan dipulangkan kepada keluarga atau sebaliknya, bergantung kepada keputusan tersebut. Jadi, kami tidak boleh memberi ulasan lanjut buat masa ini,” tambahnya.
Sebelum ini, ibu dan bapa kepada kanak-kanak autistik tersebut, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan pengabaian yang berkemungkinan boleh menyebabkan kecederaan kepada anak mereka, pada tahun lalu.
Pasangan suami isteri itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh. Namun begitu, mereka dibebaskan dengan jaminan RM10,000 setiap seorang serta beberapa syarat tambahan.
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#MyBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews