![]() |
Empat pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang SPM adalah Haziq Damial Jamarullaili, Adib Muhaimin Ashbakhri, Qhaisara Azziemah Shahrol Zaman, dan Nurul Aizad Azrin Sabirin. |
KUALA PILAH – [DIKEMASKINI] SMK Tuanku Muhammad mencatat sejarah apabila memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 terbaik sejak penubuhannya pada tahun 1921 dan merupakan pencapaian sekolah harian di daerah Kuala Pilah.
Gred Purata Sekolah (GPS) meningkat secara signifikan dari 4.45 pada tahun sebelumnya kepada 3.61, menunjukkan peningkatan sebanyak 0.85 mata.
Seramai empat orang pelajar berjaya memperoleh semua A dalam peperiksaan SPM tahun ini.
Pelajar cemerlang tersebut ialah Haziq Damial Jamarullaili, Adib Muhaimin Ashbakhri, Qhaisara Azziemah Shahrol Zaman, dan Nurul Aizad Azrin Sabirin. Kejayaan mereka telah meletakkan sekolah ini di tempat ke-25 di dalam Negeri Sembilan.
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Kamanizam Tindek, menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pelajar dan guru atas usaha gigih dan dedikasi mereka.
“Ini adalah hasil kerja keras semua pihak. Saya sangat berbangga dengan pencapaian ini dan berharap kejayaan ini akan menjadi pemangkin semangat kepada semua pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan,” katanya ketika dihubungi MYBERITA.
Tambah Kamanizam, beliau turut menzahirkan rasa gembira dan bangga dengan pencapaian tersebut, sambil mengharapkan agar prestasi cemerlang ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
“Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama dan saya yakin kita akan terus melakar kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan,” tambahnya.
Kejayaan ini membuktikan bahawa SMK Tuanku Muhammad bukan sahaja mampu bersaing dengan sekolah-sekolah lain di Negeri Sembilan, tetapi juga mampu melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan berkualiti.
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#MyBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews