KUALA LUMPUR – Bulan Bintang HQ mengucapkan tahniah kepada semua pelajar SPM 2023 atas kejayaan cemerlang mereka.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Bulan Bintang HQ mengumumkan penghargaan khas untuk pelajar yang berjaya memperoleh keputusan straight A's.
Sebagai tanda penghargaan, Bulan Bintang HQ akan memberikan sepasang Baju Melayu atau baju kurung secara percuma kepada pelajar-pelajar cemerlang ini.
Tawaran istimewa ini terhad kepada 20 pelajar di setiap cawangan butik rasmi Bulan Bintang sahaja.
Para pelajar yang layak diingatkan untuk membawa kad pengenalan dan slip keputusan SPM mereka sebagai bukti kelayakan. Tawaran ini adalah langkah Bulan Bintang HQ untuk menyokong dan menggalakkan kecemerlangan akademik di kalangan pelajar.
“Anda semua telah melakukan yang terbaik, dan ini adalah cara kami untuk mengucapkan tahniah dan memberi sedikit ganjaran atas usaha keras anda,” ciap Bulan Bintang di laman instagramnya hari ini.
Pelajar yang berminat diminta untuk segera ke butik rasmi Bulan Bintang esok bagi menuntut hadiah mereka.
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#MyBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews