![]() |
Anak kak KM terima hadiah kereta dan cek RM10K sebagai ganjaran keputusan cemerlang (Foto Tangkap Layar Instagram@LianaRosli_Official) |
Hadiah ini difahamkan sebagai ganjaran di atas kejayaan anaknya, Mohd Faris yang memperoleh keputusan membanggakan 3A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini.
Momen bersejarah ini dirakam dalam sebuah video yang kemudiannya dikongsi Kak KM melalui akaun Instagram miliknya.
Faris turut dilihat tidak mampu menyembunyikan
keterujaannya ketika menerima hadiah yang bernilai ribuan ringgit.
“Jadi, Faris, sebagai tanda kejayaan abang, ini hadiah
pertama abang..sebuah kereta dan ini (cek RM10 Ribu),” ucap Kak KM.
Faris yang terkejut dengan nilai cek tersebut bertanya semula tentang nilai yang diserahkan ibunya, namun Kak KM memberi jaminan, setiap sen bernilai dengan usaha gigihnya.
“Tak apa, ingat senang ke nak dapat,” balas Kak KM dalam nada gembira.
Sebelum ini, Kak KM turut menemani Faris semasa mengambil keputusan peperiksaan SPM.
Dalam rakaman video berdurasi 43 saat yang dikongsikan, ibu
kepada tiga cahaya mata ini dilihat tidak mampu menahan perasaan terharu
sehingga mengalirkan air mata ketika menerima keputusan peperiksaan anak
lelakinya.
“Syukur Alhamdulillah, anak mama memang bijak,” katanya dalam kapsyen di media sosial.
#MyBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews