KUALA LUMPUR - Pada zaman teknologi moden, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat serta negara untuk kekal relevan dan terus maju.
Teknologi telah sebati dalam kehidupan seharian kita. Teknologi telah mengubah cara kita berkomunikasi, bermain, dan bekerja, dari peranti pintar hingga algoritma yang mengatur kehidupan sosial kita. Pelbagai manfaat yang diperoleh kesan daripada perkembangan terhadap kehidupan manusia.
Ikuti myBERITA: Telegram
Banyak kelebihan dan kepentigan yang dapat diperoleh daripada teknologi, ataranya memudahkan komunikasi antara manusia.
Dalam mendepani era globalisasi ini, kita dapat berhubung dengan semua manusia di segenap pelusuk dunia walaupun berbeza bahasa dengan adanya teknologi. Perbezaan bahasa yang sebelum ini perlu mengambil masa ynag lama untuk dipelajari boleh diselesaikan dalam beberapa saat sahaja. Impaknya, pelbagai ilmu, budaya dan juga perkara-perkara lain dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama-sama. Selain itu, kini kita boleh berhubung antara satu sama lain dari mana-mana dan bila-bila masa.
Ini mempunyai kesan ke atas ekonomi serta mengubah cara masyarakat sosial di dunia hari ini. Misalnya, penggunaan aplikasi WhatsApp, yang membolehkan kita membuat panggilan video atau menghantar mesej kepada kenalan kita, adalah hasil daripada penciptaan teknologi dan penggunaan sains yang difahami oleh manusia pada masa kini. Hal ini sekaligus dapat membangun hubungan yang kuat, menghindari kesalahpahaman, dan mempromosikan kerja sama yang efektif.
Demikian pula, kepentingan lain yang ketara hasil daripada perkembangan teknologi adalah meningkatkan sektor pendidikan. Sebelum ini, pendidikan khususnya di peringkat tertiari menggunakan kaedah yang mengambil masa yang lama kerana pelajar perlu menelaah dan mentafsir buku-buku yang berkaitan untuk menghasilkan laporan atau menyiapkan tugasan.
Tetapi dengan kemudahan Internet, pelajar boleh menyediakan laporan atau menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang lebih pantas. manakal bagi pelajar di peringkat rendah, pendidikan secara interaktif semakin diketengahkan supaya dapat menarik minat pelajar. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada pengetahuan pelajar, tetapi ia juga membantu mereka berfikir dengan lebih kreatif dan inovatif. Pada masa akan datang, kanak-kanak akan dapat menikmati pembelajaran dengan cara yang mereka suka kerana pembelajaran tidak lagi membosankan.
Oleh hal yang demikian, dengan adanya perkembangan teknologi maka pendidikan dapat ditambah baik dan memberi kesan yang positif serta efisien kepada masyarakat.
Selain itu, kemajuan tekologi telah menyumbang kepada kemajuan sektor kesihatan di seluruh dunia. Pelbagai jenis ubat dan rawatan baharu boleh dihasilkan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Ia juga membantu mencegah penyakit berjangkit daripada menular dan membunuh ribuan nyawa pada masa lalu. Makmal perubatan kini menjadi institusi penting bagi manusia untuk mengkaji dan mencari penawar kepada penyakit yang menjejaskan kehidupan manusia.
Seterusnya, kolaborasi antara sains dan teknologi juga menyumbang kepada obeservasi kesihatan kendiri apabila jam tangan pintar berjaya dicipta. Pemakai jam tangan ini dapat melihat kadar degupan jantung yang memberi indikasi kepada tahap kesihatan seseorang individu. Sekiranya setiap individu dapat menggunakan jam ini dan menjaga kesihatan secara kendiri, ia pasti dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera. Hal ini dapat memberikan pelbagai manfaat dari sudut kesihatan yang kita peroleh hasil daripada perkembangan sains dan teknologi.
Seterusnya, teknologi telah memberikan kesan yang besar pada sektor pengangkutan dalam kehidupan harian kita. Mulai dari bagaimana kita berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain, hingga cara kita merancang perjalanan, teknologi telah mengubah landskap pengangkutan secara ketara. Kini, dengan bantuan peta digital dan aplikasi seperti Google Maps atau Waze, kita boleh dengan mudah mencari laluan terpantas, mengelakkan kesesakan, dan mendapatkan maklumat lalu lintas secara langsung. Ini bukan sahaja mempercepatkan masa perjalanan tetapi juga mengurangkan tekanan yang seringkali timbul akibat kesesakan.
Kemudian, aplikasi ridesharing seperti Uber, Grab, dan Lyft telah membawa pilihan pengangkutan peribadi baru. Pengguna kini boleh menempah kereta dengan mudah dan pantas melalui telefon pintar mereka, berbanding bergantung kepada teksi atau pengangkutan awam. Ini menawarkan fleksibiliti, keselesaan, dan seringkali kos yang lebih berkesan kepada ramai orang.
Demikian pula, dengan kemajuan dalam sains dan teknologi, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat direalisasikan . Saban hari, kita disiarkan dengan berita tentang bencana alam seperti pembakaran hutan semula jadi, tanah runtuh, banjir kilat dan ribut yang luar biasa yang menimpa kawasan tertentu. Sejak beberapa tahun lalu para saintis telah menyatakan bahawa ekosistem dunia menjadi tidak seimbang oleh kerana ketamakan manusia mengejar pembangunan tanpa memikirkan kesannya. Perindustrian, pembuangan sampah dan pelbagai lagi masalah yang menyumbang kepada pemanasan global serta efek rumah hijau yang menggangu ekosistem bumi.
Oleh itu, sains dan teknologi adalah penyelamat kepada spesis manusia jika ingin terus menetap di muka bumi ini. Ciptaan teknologi yang mesra alam dan alternatif kepada sumber boleh diperbaharui perlu disokong supaya sumber alam yang tidak boleh diperbaharui tidak dimusnahkan. Dengan kata lain, penggunaan kenderaan elektrik mengurangkan penghasilan karbon dan menggunakan tenaga boleh diperbaharui. Tuntasnya, perkembangan sains dan teknologi adalah penting untuk mengekalkan khazanah alam pada masa hadapan kerana generasi akan datang hanya akan menumpang sumber dan khazanah ini.
Konklusinya teknologi adalah komponen yang mustahak dalam kehidupan manusia serta memainkan peranan yang penting dalam kelangsungan hidup manusia. Namun begitu, dalam mengejar kemajuan diharapkan usaha untuk memastikan ia dimanfaatkan oleh segenap pelusuk manusia tanpa mengira darjat atau latar belakang juga diberi perhatian.
Justeru, setiap pihak perlu berganding bahu mencari mekanisme terbaik untuk negara supaya dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. - Muhammad ‘Akif Syazwan Bin Mohd Jupri (Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia)
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#myBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #malaysiamadani #lamansocialtainment #terkini #blogger #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews