KUALA LUMPUR - Mahasiswa yang menerima Pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pastinya tahu bahawa pendidikan yang sebenar adalah melangkaui apa yang dikongsi oleh ahli akademik di dalam kuliah atau kelas.
Sebaliknya pembelajaran juga boleh diperoleh melalui aktiviti kokurikulum yang memberikan peluang kepada pelajar membangunkan Kemahiran kepimpinan, komunikasi, dan pengurusan masa. Rahsia untuk memaksimumkan pengalaman semasa di IPT adalah mencari keseimbangan yang tepat antara akademik dan aktiviti kokurikulum yang diceburi.
Sebilangan besar pelajar terlibat dalam sukan, kelab, persatuan, majlis perwakilan pelajar, badan pertubuhan profesional dan badan organisasi pasti tahu akan cabaran yang dihadapi dalam mengimbangkan pembelajaran dengan aktiviti tersebut. Malahan semua aktiviti- aktiviti ini adalah sebahagian daripada kehidupan kampus.
“Pelajar akan mendapat pengalaman yang penting dan berharga ketika terlibat dalam kegiatan kampus atau khidmat masyarakat” kata beberapa tokoh ahli akademik.
Bagi mahasiswa yang terlibat dengan sesi kerja berorganisasi dan sesi peningkatan prestasi dengan beberapa pasukan sukan pasti tahu akan cabaran yang dihadapi dalam mengimbangkan pembelajaran dengan aktiviti tersebut.
Namun, mereka percaya bahawa cabaran yang dilalui itu adalah sangat bermakna. Sesetengahnya mampu memperoleh pencapaian akademik yang lebih baik di samping menikmati pengalaman kolej lebih daripada mereka yang tidak terlibat.
Mereka yang terlibat, selalunya didapati:
Menguruskan masa dengan baik. Di sekolah, ibubapa, guru dan para pengajar lebih cenderung untuk mengingatkan tentang tarikh tugasan yang belum selesai dan membantu menguruskan masa. Namun begitu, ketika di kolej atau IPT, pelajar mesti belajar untuk melakukan semuanya sendiri atau nama lainnya ialah berdikari.
Sebaiknya sebagai seorang pelajar, perlu untuk menjadualkan masa belajar harian yang teratur dan tersusun. Jika ada terlibat dalam aktiviti yang mengambil banyak masa, seperti organisasi atau sukan, adalah sangat penting untuk merancang lebih awal. Dapatkan perancangan digital atau kertas dan manfaatkan dengan sebaiknya.
Pelajar juga tidak digalakkan ‘melengah-lengah’. Kebanyakkan orang sering menangguh atau gemar melengahkan masa tetapi seorang pelajar yang sibuk harus berusaha mengelakkan perkara seperti ini.
Cubaan menangguh, melewat dan melambatkan tugasan kerja yang dijadualkan, akan membuat pelajar lebih tertekan daripada yang dijangkakan, gagal dalam kerja, dan menyebabkan tugasan projek tidak menjadi seperti yang diingini. Dari sesuatu projek yang besar, bahagikan atau agihkan menjadi kepingan yang lebih kecil.
Daripada ‘belajar untuk peperiksaan’ dalam satu malam, adalah lebih baik jika secara konsisten dalam jangka masa yang ditetapkan atau dalam bingkai masa yang lebih kecil sepanjang minggu. Sangat elok jika membuat perancangan yang tersusun dan teratur. “Bekerja dengan lebih bijak, tidak lebih keras”. Ayat ini sangat terpakai terutamanya kepada pelajar yang sibuk.
Jimatkan masa dengan menyimpan kad nota, penyerlah dan sumber lain dengan mudah dengan menggunakan komputer riba untk pengasingan nota berasingan untuk setiap kelas. Elakkan untuk membuang masa yang berharga dengan mencari buku, buku nota dan lain-lain. Selain itu, susunatur buku dan meja belajar untuk memaksimumkan masa belajar.
Pelajar juga dinasihati agar ‘jangan letakkan semua telur dalam satu bakul’.
Di dalam keterlibatan aktif di universiti, pelajar dapat mengembangkan keterampilan softskills. Ini kerana penglibatan dalam kegiatan korikulum atau organisasi, mahasiswa dapat membantu pengembangan keterampilan softskills seperti kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi yang berkesan dan jalan penyelesaian masalah.
Dalam kalangan mahasiswa mahsiswi, sudah tentu terdapat ramai pelajar yang datang ke universiti terutamanya untuk belajar, seterusnya ke sekolah siswazah dan cuba mengejar perkejaan impian mereka.
Terdapat juga yang memasuki universiti diatas tiket biasiswa terutamanya untuk bermain sukan atau muzik. Tentunya mereka yang paling berjaya mengambil bahagian dalam kelas mereka dengan serius tetapi tetap mencari masa untuk melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam akitviti lain.
Mengambil bahagian dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti akan membuka peluang dan membantu bukan sahaja belajar dan berjaya sebagai individu tetapi juga membina resume yang lebih menarik untuk masa depan.
Pelajar perlu mempertimbangkan apa yang diingini mengenai resume mereka dan bagaimana hasilnya kelihatan selepas lulus dan tamat pengajian.
Sebagai contoh:
“Seorang ahli sukan permainan yang mengekalkan skor purata 3.5 akan kelihatan sangat mengagumkan dan boleh membincangkan tentang kemahiran sosial dan peribadi berharga yang diperoleh ketika menyertai pasukan”.
Resume akan lebih mengagumkan jika dipaparkan pemain tersebut adalah seorang yang hebat jika pernah menjadi presiden kelab atau organisasi masa lalu atau melakukan penyelidikan dengan seorang professor. Dengan itu, graduan tersebut akan mmendapatkan peluang pekerjaan yang lebih luas disebabkan oleh pengalaman kepimpinan dan keterampilan yang diperoleh dari kegiatan kokurikulum.
Seterusnya, belajar untuk mengatakan “tidak” dan “membantu”. Ia bermaksud jujur dengan apa yang boleh dilakukan atau kendalikan. Sebagai contoh, seorang pelajar mungkin tidak dapat keluar dengan kawan-kawan pada hari sekian-sekian jika perlu melakukan kerja rumah.
Di pusat pengajian, sudah tentu terdapat pelbagai sumber untuk pelajar, seperti pusat penulisan, perkhidmatan kerjaya, tunjuk ajar, kaunseling, kumpulan belajar, aktiviti rohani dan perkhidmatan sokongan yang lain.
Walau bagaimanapun, sebagai seorang pelajar amat perlu untuk bersedia meminta tolong. Jika terasa seperti tertinggal bas di dalam kelas. Jadi, lebih baik untuk meminta pertolongan dengan lebih awal. Caranya, minta pertolongan dari kawan dapat membantu seseorang mengatasi masalah tersebut.
Kemahiran yang pelajar perolehi dan belajar di kolej untuk mengimbangi akademik dan aktiviti kokurikulum akan membantu mereka mengimbangi kehidupan selepas lulus dan tamat pengajian kelak. - Nik Amalia Fatinie Nik Fauzi (Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia)
Ikuti myBERITA: Telegram
PARA 3
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#myBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #malaysiamadani #lamansocialtainment #terkini #blogger #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews