KUALA LUMPUR - Penting untuk anda tahu bahawa kesihatan mental dan penyakit mental adalah dua perkara berbeza tetapi saling berkaitan. Kesihatan mental merujuk pada keupayaan seseorang untuk berfikir, rasa dan bertindak dalam kehidupan seharian mereka.
Kesihatan mental yang baik dikaitkan dengan keupayaan seseorang untuk menjalani, menghargai dan menikmati hidup dalam cara yang positif, produktif dan seimbang. Namun, individu dengan kesihatan mental yang baik juga tidak dapat lari daripada stres.
Ikuti myBERITA: Telegram
Tetapi, mereka berupaya untuk menangani stres dan cabaran lain yang timbul dalam kehidupan mereka. Individu yang mempunyai kesihatan mental yang buruk pula, mungkin mendapati diri mereka tidak dapat menangani stres, kesakitan dan masalah lain. Kesihatan mental buruk yang berpanjangan dan tidak ditangani boleh menyebabkan seseorang mengalami penyakit mental.
Di samping itu, penyakit mental juga boleh mempengaruhi kesihatan mental seseorang juga. Lebih dikenali sebagai gangguan mental, penyakit mental adalah suatu kondisi kesihatan yang mempengaruhi dan boleh menyebabkan perubahan pada keupayaan seseorang untuk berfikir, rasa dan bertindak. Individu yang mengalami penyakit mental berasa sukar untuk membuat kerja-kerja biasa, mungkin mereka tidak dapat berinteraksi dengan orang lain, dan dipengaruhi oleh perubahan pada mood dan kelakuan mereka. Penyakit mental boleh dialami oleh sesiapa pun tanpa mengenal usia, dan gangguan tersebut.
Punca Berlakunya Masalah Kesihatan Mental
Antara punca masalah kesihatan mental ialah tertekan untuk memperoleh pencapaian akademik iaitu tekanan akademik. Tekanan akademik ialah pengalaman di mana seseorang pelajar dibebani oleh tuntutan masa dan tenaga untuk mencapai matlamat akademik tertentu.Tekanan boleh datang daripada pelbagai sumber yang berpotensi, dan mempunyai pelbagai impak kepada pelajar dari segi emosi dan akademik. Golongan muda seringkali terjerat dengan tekanan akademik.
Hal ini kerana mereka mudah menerima tekanan akademik dari pelbagai aspek, seperti tekanan rakan sebaya, sifat kompetitif dengan pelajar lain, tekanan daripada ibu bapa dan guru serta lain-lain lagi. Dengan ini pelajar akan boleh menyebabkan berlakunya stres kerana banyak yang perlu dipelajari dan banyak juga melakukan kerja kursus terutamanya dalam kalangan pelajar universiti.
Kesan tekanan akademik berbeza bergantung kepada bagaimana pelajar bertindak terhadap tekanan yang dihadapi. Jika tekanan dilihat sebagai sesuatu yang negatif, maka ia akan memberi kesan buruk kepada kesihatan fizikal, mental, emosi dan prestasi akademik pelajar berkenaan. Sebaliknya, jika tekanan dilihat secara positif, ia akan menjadi sumber dan motivasi kepada pelajar berkenaan untuk mencapai keputusan Akademik yang lebih baik dari sebelumnya.
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kejadian pelajar cemerlang penerima Anugerah Dekan dari institusi pengajian tinggi (IPT) yang maut selepas terjatuh dari pusat membeli-belah di Sungai Petani, Kedah baru baru ini mengundang reaksi pelbagai pihak. Katanya, tragedi itu adalah suatu kehilangan aset masa depan.Hal ini kerana, “Ibu bapa yang terlalu mementingkan kecemerlangan akademik boleh menyebabkan pelajar tertekan terutama dari segi emosi dan sosial.Dengan ini juga pelajar boleh terjadinya kemurungan dan rasa hendak bunuh diri.
Selain itu,masalah kekeluargaan juga ialah punca masalah kesihatan mental. Pakar Kesihatan Awam, Dr. Nurashikin Ibrahim berkata, peningkatan peratusan rasa sunyi dalam kalangan remaja, yang merupakan salah satu simptom penyakit mental, bukanlah disebabkan golongan itu tidak mempunyai kawan. Tetapi, mungkin akibat tiada atau kurang komunikasi bersama ibu bapa.
Kemurungan sama ada di pelbagai peringkat usia perlu di diagnosis sebelum rawatan selanjutnya diberikan.Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) sentiasa meningkatkan libat urus bersama agensi termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membantu mengurus kesihatan mental dalam kalangan pelajar terbabit.Antara program yang dijalankan adalah Minda Sihat Sekolah, Ekspresi Remaja Lestari selain Program Siswa Sihat di peringkat universiti
Keluarga antara punca utama yang boleh menyebabkan berlakunya tekanan kepada diri seseorang, kata Ketua Kluster Psikometrik, Universiti Malaya (UM), Dr Harris Shah Abd Hamid.Menurut beliau, keluarga merupakan agen sosialis terawal yang membentuk pemikiran setiap individu. Stres atau tekanan adalah satu tindak balas disebabkan sesuatu bebanan yang menimpa seseorang individu yang boleh wujud dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang. “Keluarga itu sendiri boleh menjadi punca tekanan. Misalnya ada ibu bapa yang sudah menanamkan satu perasan atau pemikiran kepada anakanak untuk takutkan sesuatu seperti kegelapan dan sebagainya. Contohnya, ibubapa mendera dari segi fizikal atau mental anaknya hal ini mengakibatkan trauma dan kemurungan.
Wabak Covid-19 ialah punca berlakunya kemurungan Malaysia telah mencatat kemurungan sebanyak 45 peratus dan 15 daripadanya adalah kemurungan tahap teruk. Didapati kemurungan paling tinggi dalam kalangan wants, berumur 18 hingga 34 tahun, penghuni kediaman kos rendah dan kepadatan isi rumah yang tinggi ( Azuddin, 2020). Kajian juga menunjukkan bahawa pandemik Covid-19 menyebabkan semakin ramai mahasiswa yang terdedah kepada masalah stres sehingga mendatangkan kesan kepada pencapaian akademik, aktiviti kokurikulum dan peranan sebagai ahli masyarakat. Pensyarah Kanan di Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Norsimah Dasan berkata, menjalani kehidupan sebagai mahasiswa adalah perkara yang agak mencabar bagi seseorang individu. "Di universiti mereka perlu belajar berdikari dalam segala hal dan yang paling penting adalah mengurus masa dengan bijak.
"Kegagalan mahasiswa untuk berbuat demikian menyebabkan mereka mengalami masalah stres sehingga mendatangkan kesan yang negatif kepada mahasiswa itu sendiri.Apatah lagi apabila terpaksa berhadapan dengan kesan pandemik Covid-19 sehingga yang menyaksikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka terjejas teruk,” katanya. Dr Norsimah berkata Bahkan sebelum kelibat ngeri Covid-19 muncul, pelajar universiti diketahui mempunyai tahap kerumitan, kegelisahan dan gejala depresi yang tinggi. “Kemungkinan besar, kedatangan Covid-19 sudah melonjakkan tingkat kenaikan ini.
Cara Mencegah Masalah Kesihatan Mental
Antara cara untuk mencegah berlakunya masalah kesihatan mental dengan menjaga keseimbangan hidup.Usahakan gaya hidup seimbang dengan memberikan perhatian yang cukup pada aspek-aspek seperti tidur yang mencukupi, senaman berkala, dan pemakanan yang seimbang.. Tidur yang mencukupi ialah seseorang mendapat jumlah tidur yang mencukupi dan berkualiti setiap malam, memberikan tubuh dan minda peluang untuk pulih dan mengistirahatkan diri.
Kualiti tidur juga penting, bukan hanya jumlah jam tidur, untuk memastikan tidur yang bermakna dan menyuburkan. Jumlah jam yang mencukupi ialah antara 7-9 jam setiap malam.Selain itu, aktiviti bersenam tidak semestinya perlu ke gimnasium. Boleh sahaja aktiviti di ladang, mendaki bukit, bermain bola, melayan anak-anak dan pelbagai lagi. Hal ini, dapat mengurangkan stres dan dapat menghindari daripada melakukan perkara yang negatif.
Dengan melakukan senaman badan kita dapat mengeluarkan peluh dan toksik-toksik di dalam badan kita.Di samping itu, kita dapat menikmati pemandagan yang indah.Seterusnya, kita haruslah makan secara teratur dan seimbang. Hal ini, dapat memberikan tenaga pada badan kita. Pemakanan yang sihat akan membawa kepada kesihatan fizikal dan kesihatan mental. Ini dapat mengelakkan daripada gangguan makan.
Tambahan pula, membina sokongan sosial adalah aspek yang penting dalam menjaga kesejahteraan emosi dan mental. Sokongan sosial merangkumi bantuan, penghargaan, dan hubungan positif dari orang-orang di sekeliling kita.Antara cara untuk membina dan mengekalkan sokongan sosial dengan menjalinkan hubungan sosial yang positif.Hal ini,kita dapat bina dan pelihara hubungan dengan keluarga ,rakan sebaya dan kenalan yang positif yang memberikan sokongan.Selain itu, kita dapat berbagi pengalaman serta perasaan dengan orang-orang terdekat.
Kadang-kadang, menyuarakan perasaan atau ketidakpastian dapat memberikan rasa lega dan memperoleh pandangan atau sokongan dari orang lain.Berbicara tentang masalah jika anda menghadapi masalah, jangan ragu untuk berbicara tentangnya dengan orang-orang terdekat. Kadang-kadang, berbicara tentang perasaan atau masalah dapat membantu meringankan beban dan membina sokongan.Hal ini dapat mengelakan daripada berlakunya kemurungan dan kegelisahan. Membina sokongan sosial memerlukan usaha dan kesinambungan, tetapi manfaatnya terhadap kesejahteraan emosi dan mental adalah luar biasa. Sokongan sosial adalah sumber kekuatan yang dapat membantu kita mengatasi cabaran dan mencapai kesejahteraan holistik.
Akhirnya, mencari bantuan professional dan kaunselor adalah langkah yang penting jika anda menghadapi masalah mental atau emosi yang memerlukan perhatian khusus. Kaunselor adalah seorang profesional yang dilatih untuk memberikan sokongan emosional, panduan, dan bimbingan kepada individu atau kumpulan yang menghadapi masalah, kesulitan, atau perubahan dalam kehidupan. Kaunselor bekerja dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan mental, pendidikan, perkahwinan, pekerjaan, dan lain-lain.
Peranan kaunselor dan perkhidmatan kaunseling pada masa kini dilihat sebagai satu keperluan yang penting dalam menambahbaik status kesihatan mental rakyat Malaysia. Hal ini kerana, masalah kesihatan mental menunjukkan trend peningkatan dengan statistik individu yang mendapatkan sokongan menerusi Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) meningkat lima kali ganda berbanding 2020. Dengan berjumpa kaunselor pesakit dapat menceritakan tentang masalah yang berlaku padanya. Hai ini dapat mengurangkan beban.
Seterusnya, jika pesakit itu mengalami masalah mental yang teruk pesakit hendaklah berjumpa dengan doktor psikiatri dan psikolog dengan segera. Psikiatri adalah doktor yang mempunyai latihan khusus dalam merawat masalah mental, termasuk memberikan ubatubatan jika perlu. Psikolog, di sisi lain, biasanya memberikan perkhidmatan terapi tanpa ubat.
Anda boleh mendapatkan rujukan untuk keduanya dari doktor atau agensi kesihatan mental.
Dalam kesimpulannya, kesihatan mental adalah aspek penting dari kesejahteraan keseluruhan seseorang. Masalah mental boleh mempengaruhi kehidupan pelajar dalam pelbagai cara, dari segi emosi hingga kepada fungsi sosial dan fizikal. Oleh itu, pemahaman mengenai masalah mental dan cara-cara untuk menguruskan serta mencegahnya adalah penting.Selain itu, ibubapa haruslah memainkan peranan iaitu dengan mengambil tahu tentang keadaan anaknya. Ibubapa juga mestilah memberikan sokongan kepada anaknya hal ini dapat memberi semangat.
Pemakanan yang seimbang, tidur yang mencukupi, senaman berkala, dan teknik pengurusan stres juga merupakan aspek-aspek penting dalam pemeliharaan kesihatan mental. Dalam dunia yang semakin sibuk dan kompleks, menjaga keseimbangan antara kehidupan peribadi, sosial, dan profesional menjadi semakin penting. Kesimpulannya, penting untuk menyedari masalah mental, mencari bantuan apabila diperlukan, dan mengamalkan amalan yang menyokong kesejahteraan emosi dan mental secara keseluruhan. Kesihatan mental yang baik memberikan asas yang kukuh untuk mencapai kualiti hidup yang baik dan memastikan keupayaan untuk mengatasi cabaran kehidupan dengan lebih berkesan. Sebagai pelajar di Malaysia ini, kita mestilah mengambil tahu tentang kesihatan kita mahupun dari segi fizikal dan mental supaya kita dapat hidup dengan bahagia dan gembira. - Nurul Ain Binti Syahrulmizan (Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia)
IKUTI SEMUA PLATFORM MEDIA SOSIAL RASMI KAMI DI BAWAH
Salurkan berita anda kepada kami ke: editor@myberitaterkini.com
#myBERITA #myberitaterkini #viral #trending #semasa #terkini #negara #malaysia #berita #malaysiamadani #lamansocialtainment #terkini #blogger #kinitrending #hotsstory #ceritapanas #topsstory #share #instaviralupdates #malaynews